Friday, October 22, 2010

bak kata org melayu "diam tanda setuju"


NAK KE JADI MACAM NI???

MAHASISWA asset terbesar Negara,jka mahasiswa terkubur siapa yg mentadbir negara ni..Saya tujukan pada diri saya juga as mahasiswa ISLAM dan semua mahasiswa ISLAM laen....
Hadis Rasulullah:
'Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat ISLAM dan sejagat,maka mereka bukan dari kalangan mereka'
jka kita rasa tiada ap2 yg berlaku dalam Negara kta sekarang yg menyntuh sensitiviti ISLAM spt KONSERT adam LAMbert,Fashion Show Islamic yg dianjurkan oleh isteri PM kita,Datin Rosmah...cube lihat mana datang iSLAMIC nya jka terdedah sana sini...maka tidak mustahil jka masalah sosial makin meningkat..nak salahkan siapa?tanyalah IMAN masing2..
jka kita rasa x patut untuk cegah benda ni untuk terus berlaku,sebab kita MAHASISWA something wrong somewhere...INGAT SUARA MAHASISWA BOLEH MENGEGARKAN jka kita bersatu..untuk Bangunkan ISLAM...jangan kita hanya beringat tentang ISLAM bila waktu ALLAH beri peringatan pada kita dengan menurunkan bala pada kita...masa kita makin suntuk,kerja kita makin banyak..tapi adakah kita telah laksanakan dengan sebaiknya...tanyalah pada diri sendiri...
sahabat yg diredhai dan dikasihi krn ALLAH,
INGAT matlamat kita satu.. HANYA untuk menegakkan agama ALLAH,ISLAM..tp adakah sudah tertegak? jka rasa masih belum ..maka
tiada masa untuk mendiamkan diri..kita kena bersatu.
setelah baca ap yang ditulis cube kaitkan dengan tajuk entry ni...renungkan sahabat.
-apa yg ditulis untuk motivate dan teguran untuk diri sndiri jga-
*jka salah minta tegur*



Friday, August 13, 2010

Mengharap Kasih Sayang Tuhan


Assalamua'laikum,sahabat yang dirahmati ALLAH.

hari ni nk kongsi sebuah buku yg saya baca,tjuknya 'Mengharap Kasih Sayang Tuhan'

karya Imam Nawawi.Imam nawawi atau nama sebenarnya Abu Zakaria Yahya bin Sharaf an-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalm bidang hadis.


Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian:

a) Takutkan ALLAH

b)Mengharap belas kasihan ALLAH.

c)Bersangka baik pada ALLAH.

d)Takut dan Mengharap pada ALLAH.


kali ni saya kongsi bahagian pertama dulu'TAkutkan ALLAH",tanyalah iman adakah kita sebenarnya takutkan ALLAH.


"Wahai bani Israil!Ingatlah nikmatKu yang telah Aku berikan kepadamu.dan penuhilah janjimu kepadaKu,niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu,dan takutlah kepadaKu saja"2:40.


Allah berfirman"Wahai manusia!TAkutlah kepada Tuhanmu.Sesungguhnya,gempa hari kiamat itu adalah kejadian yang dasyat.Ingatlah,pada hari kamu melihat peristiwa itu,lalailah semua wanita yang menyusui anaknya daripada anak yang disusukan dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal mereka semua tidak mabuk,akan tetapi azab ALLAH itu amat berat'.22:1-2.


Ini adalah janji dari ALLAh,kiamat pasti akan berlaku..tetapi adakah kita mempunyai persiapan secukupnya untuk menghadapi dunia yang kekal abadi..jika baik amalannya syurga balasanya,jika buruk amalannya neraka tempatnya.


Nu'man bin Basyir bekata"Saya mendengar Rasulullah berkata,"Sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi ahli neraka adalah seorang yang diletakkan dua bara api dibawah kedua kakinya.Dengan cara itu,mendidih otaknya.Orang itu sendiri tidak yakin,ada lagikah orang lain yang mendapat seksaan lebih pedih daripadanya.Sedangkan seksaan yang diterimanya itu adalah yang paling ringan berbanding dengan seksaan yang lain". oleh Bukhari dan Muslim.


Allahuakhbar,itu baru seksaan yang paling ringan...wahai diri fikirkanlah dosa yang telah dilakukan selama ni..


"ya ALLAH,ampunilah aku dan saudaraku.Masukkanlah kami dalam rahmat-Mu.Engkaulah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani."


-jika salah minta tegur-














Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

salam,maaf lamev rasanya x post kat sni..
biasa r dah blik u ni bnyak kejer laen...nnti ada masa,insyaALLAH saya post..
nak kongsi skit..ramadhan kali amat berberza kerana kekurangan seseorang di sisi tetapi life must go on..saya cume berharap dan berdoa pada ALLAH jadikanlah ramadhan kali ni terbaik dari yang dulu,mungkin ini ramadhan yang terakhir atau tidak....ALLAh Maha Mengetahui..

saya nk tanya sesiapa yg ad buka blog ni,tahu x berkenaan hadis yang mengatakan bahawa siksaan kubur pada bulan ramadhan di berhentikan,betul ke?kalu trjumpa hadis tersebut bleh la kongsi yr...syukran

jap ag nak masuk lab..=)undur diri dlu..

-jika salah minta tegur-

ya ALLAH ampunkan dosa kami,panjangkan umur kami,murahkan rezeki kami,tetapkan hati kami pada jalan mu ya ALLAH....aminn.
-

Tuesday, July 6, 2010

Mike tyson menangis di Raudah


Madinah,7 Julai:Bekas juara tinju heavyweight dunia,mike tyson menangis ketika berada di Raudah semalam dan menggangap dirinya berada di satu daripada taman syurga.Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu,bekas peninju itu berkata,dia amat takut pada ALLAH-Agensi

sumber:harakah daily.


ALLAH ArRahman,Ar Rahim...DIA tidak memilih kpd siapa DIA patut kurniakan hidayahNYA,tapi adakah kita ini akan tetap memelihara nikmat iman,ISLAM yang kita kecapi hari ni...ya ALLAH tetapkanlah hati ni hanya padaMU.Takutnya bila hidayah ditarik...


kadang-kadang memang kita tidak sedar yang kita sering melakukan dosa,tapi kembalilah pada NYA..ALLAH Maha Pengampun,janganlah kita sombong...Adakah ALLAH pernah sombong pada kita?

malulah dihadapan ALLAH...malu dan takutlah bila hendak melakukan dosa,adakah kita yakin adanya 'bodyguard' kiri dan kanan iaitu Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amalan kita.

adakah kita yakin balasan syurga dan neraka?tanyalah iman,jawablah imanku...

ALLAH Maha Penyayang,adakah kita sedar atau tidak???


subahanallah,alhamdulillah,allahuakhbar




-jika salah minta tegur-








generasi al-quran..


sejuknya hati tengok adik-adik ni,pelapis pejuang agama suatu hari nanti..insyaALLAH.
Hidup hidup islam,hidup hidup islam!!!
-jika salah minta tegur-

Thursday, July 1, 2010

tanyalah ustaz.

Tanyalah ustaz,usrah...kalu hari jumaat,memang ternanti-nanti rancangan ni=)best,cubalah tengok,post kali ni nk kongsi sedikit ilmu yang diperoleh daripada rancangan td.

Tanyalah ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Abdul Kadir
mengupas tajuk TAQWA...
apa itu TAQWA,sahabat???
Taqwa adalah takutkan ALLAH dengan melakukan perintahNYA serta meninggalkan laranganNYA.

Ciri-ciri orang bertaqwa dalam firman ALLAH dalam surah al-baqarah(1-5)
"Alif lam lim.Kitab (al-quran)ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(yaitu)Mereka beriman kpd yang Ghaib,melaksanakan solat dan mengiinfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,dan mereka yang beriman kepada(al-quran)yang diturunkan kepadamu(Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adnya akhirat.Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang beruntung.

ciri2 orang beriman antaranya:
-Mendirikan solat-kita perlu menzahirkan tatacara ibadah solat dengan menjaga akhlak kita apabila diluar solat,mungkin pada hari ni ramai umat ISLAM yang mendirikan solat tapi mengaangap solat itu hanya pergerakan biasa.Solat adalah satu perantaraan kita untuk berkomunikasi dengan ALLAH.Jagalah solat,ia tiang agama..jika tiada tiang agama,runtuhla agama.

-Sebahgian drpd rezeki diberikan dan dibelanjakan kepada orang lain.Sedekah itu burhan(bukti) keimanan.Ini adalah hanya amalan kita saja yang tinggal setelah kita meninggalkan dunia ni.

-Beriman pada Al-Quran dan kitab sebelumnya.Al-quran adalah surat cinta ALLAH,sebagai panduan bagi kita untuk menjadi hambaNYA yang beriman.Wahai diri,ALLAH sangat sayangkan mu,tapi adakah dirimu sedar???BAcalah AL-quran dan fahami isinya dan beramal dengan ilmu yang diperoleh.Jangan biar jiwa ini gersang dengan AL-Quran.

ni adalah sebahagian yang saya dapat kongsikan,jika ada nak tambah dpersilakan=)

*yang mulia disisi ALLAH,adalah yang Bertaqwa*

-jika salah minta tegur-







Wednesday, June 16, 2010

nak share tentang KEKASIH HATIKU =]


Tetapkan dan kuatkan hatiku pada MU....

salam, dah lama rasanya x post kat dlm ni...ada bnda nk kongsi ni tentang???.... kalu sudi baca yr n hayati ^_^




Nak share tentang KEKASIHKU?(aku type hruf besar tu sbb terlampau syg sgt kat DIA =))
Penyayang sifatNYA..
Betul ni x tipu punyr
pure cinta nak dikategorikan tu..InsyaALLAH(moga ditetapkan hati ni hanya PADAMU)

Masa aku susah,minta tolong DIA,
Sure akan dapat bantuan
Bila aku susah hati boleh terus mengadu kat DIA direct!!!Bila aku mengadu kat DIA
aku rasa peace jr,4 surelah KEKASIH kan?hmmm...




ish beruntunglah la dapat KEKASIH mcm ni,Tak pernah dan tak akn disakitkan hatiku...
Pastu bila-bila masa jr boleh contact DIA,Yang seronok tu bila dapat rasa DIA dekat kat hati ni!!
ye la..cinta punya pasal kan???

Dia x kisah pun kalu aku x ingat kat DIA,tapi memang rugilah aku..sebab kalu aku ingat dan slalu contact DIA sure macam-macam lah aku dapat..=)Tak kira lah material ke spiritual ke,emmm...


MEmang KEKASIH sejatilah lah tu!!!
Bila aku rindu kat DIA,bace jr surat cintaNYA..
Mcm2 nasihat ad kat dalam tu,siap bagi example nak bagi aku faham,




bila aku sedih atau frust..DIA banyak bagi kata2 semangat dalam surat CintaNYA..
DIA kata LA TAHZAN,DIA ADA BERSAMAku...
DIA xpernah tipu..samaada aku ni la nak ingat kat DIA atau x =(




kadang2 DIA nak test cinta aku ni betul ke x?
DIA uji aku dengan ujian...aku tahu ujian yang DIA bagi sebab DIA sayang aku..
kadang2 aku jelous kat DIA sbb ramai sgt yang jatuh cinta ngan DIA
so,kenalah aku berusaha betul2...What u give u get back.So,kalu aku usaha lebih dapat lebih la kan?


KEKASIH aku ni baik sgt2...PERFECT!!!
tu yang kadang2 tengah malam 3 4 pagi pun,kalu aku terjaga sure aku contact DIA...
Rindulah!!Asyik teringat DIA setiap masa..




DIA pesan kat aku belajar sungguh2,kuasai ilmu sebanyak yang boleh,
Maklumlah KEKASIH aku ni Maha BIJAK+GENIUS+CERDIK...(kalu nak tahu ilmu DIA x de siapa dapat nak tanding....Hebatkan???


So kenalah aku penuhi tuntutan DIA tu,DIA kata tanpa ilmu..
Setiap benda @kerja @amal yang aku buat sia2 jer..
Sebab tu la DIA makin sayang kat aku kalu rajin belajar


Rasa makin dekat dengan DIA...
Hmmm,aku pun malu la nak cakap byk2 lagi,sebenarnya aku belum pernah jumpa DIA
Belum bersedia ag(adakah cukup persediaan aku untuk bertemu dgan DIA???)tapi KEKASIH aku ni dah janji suatu hari nanti mesti jumpa


Sekarang menghitung hari la aku..Kecut perut aku dibuatnya...so aku kena prepare awal-awal..
Takpela,kena berkorban sekrang,sebab..DIA dah janji..
Siapa2 yang DIA sayang
DIA bagi hadiah special yang orang x pernah terfikir pun!!!



-jika salah minta tegur-






























Saturday, June 12, 2010

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna




  1. Jika kamu menjaga hak-hak ALLAH SWT,ALLAH SWT akan menjaga hak-hak kamu

  2. Jika kamu tidak malu kpd ALLAH,lakukan apa yang kamu kehendaki

  3. Elokkan makanan kamu,pasti ALLAH memaqbulkan segala permintaan kamu.

  4. Takutlah kpd ALLAH,walau dimana kamu berada.

  5. Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

  6. Berakhlak dengan sebaik-baik akhlak.

  7. Takutlah kepada perkara-perkara dosa,pasti kamu akan menjadi hamba ALLAH terbaik.

  8. Redhalah dengan pembahagian ALLAH,pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

  9. Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

  10. Jangan terlalu banyak ketawa kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

  11. Kezaliman adalah kegelapan di akhirat kelak.

  12. Bertaqwalah kepada ALLAH dan berlaku adillah kpd anak-anak kamu.

  13. Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

  14. Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

  15. Perkara yang paling berat dalam timbangan ALLAH adalah Akhlak dan budi perkerti mulia.

  16. Bertindak dengan tenang adalah ajaran ALLAH dan gopoh-gapah adalah amalan syaitan.

  17. Orang yang sedikit harta,mendapat kiraan yang senang daripada ALLAH.

  18. Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

  19. Amalan yang paling ALLAH sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

  20. Tempat ynag paling ALLAH sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

  21. Tempat yang paling ALLAH benci adalah pasar-pasar.

  22. Makanan ynag palig ALLAH sukai adalah makanan yang disedekah secara beramai-ramai

  23. Perkataan yang paling ALLAH sukai adalah Subahanallahwabihamdih

  24. Orang yang paling ALLAH sukai adalah orang yang mencari manfaat dalam agama.

  25. Amalan yang ALLAH sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kpd manusia.

  26. Sesiapa dpt menahan kemarahan,ALLAH akan menutup perkara yang memalukan.

  27. AKhlak buruk adalah akhlak sebagaimana cuka merosakkan madu.

  28. Hamba yang paling ALLAH sukai adalah hambanya yang paling mulia akhlaknya.

  29. Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis citarasanya.

  30. Jagalah lidah kamu.

  31. Laksanakan amanah kpd mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

  32. Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

  33. Berdoalah kpd ALLAH dalam kamu yakin kepada penerimanya.

  34. Berilah berita gembira,janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

  35. Permudahakanlah sesuatu urusan,janganlah kamu memayahkan sesuatu urusan.

  36. Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

  37. Jika kamu didatangi nikmat atau harta,maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

  38. JIka sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemuliaan,maka muliakan mereka.

  39. Jika kamu didatangi seseorang lelaki untuk meminang anak kamu,dan dia memiliki nila-niali agama dan kemuliaan akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

  40. Jika ALLAH mengkehendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia,ALLAH akan mencampakkan perasaan kasih sayang pada ahli-ahli keluarga tersebut.

  41. Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu,maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

  42. Jika ada orang melaga-lagakan kamu,biarkanlah dia.




(sumber blogperibadirasulullah)

-jika salah minta tegur-









Tuesday, June 8, 2010

suatu hari nanti...Janji Kemenangan Islam ke atas yahudi


adk ni kehilangan kaki disebabkan kekejaman mereka,InsyaALLAH kakimu di JANNAH sedang menanti..



Lihatlah....orang tua ni terpaksa menggagahkan diri untuk mendukung anak i2


Adikku...Mujahid Kecil









hanya mampu ku ucapkan sabar saudara ku...Kemenangan pasti akan tiba,janji ALLAH itu BENAR..TERUSKAN PERJUANGAN,ALLAH MAHA MENGETAHUI KAMU MAMPU MENGHADAPINYA...
panjatkanlah setinggi -setinggi kesyukuran,kita di tmpat yg aman tapi jangn kita leka..jgan lalai Jalankanlah tanggungjawabmu sementara masa masih ada...(ingat diriku,kamu x thu masa yg ditinggalkan untuk mu) ALLAH MAHA PENYAYANG,kembalilah padanya..

rasanya semua umat ISLAM,pada hari ni merasa geram,benci kepada yahudi Laknatullah..sebenarnya peperangan antara muslim dan yahudi tidak ada titik noktahnya.Ia akan terus berlaku sehinggalah kiamat


sahabat yang dirahmati ALLAH...satu soalan yang ingin diutarakan adakah kita yakin dengan janji ALLAH?biar imanmu yang jawab..

Janji ALLAH tentang kemenangan umat ISLAMpasti akan berlaku,dan kita akan menang dan kalahkan YAHUDI itu.TAKBIR!!!

"Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang sebenar(ISLAM) untuk mengatasi atas seluruh agama sekaliannya meskipun orang musyrik membencinya."
(at-Taubah:33)

Daripada Abu Hurairah,dimana Rasulullah s.a.w bersabda yg bermksud "Kiamat pasti akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi,lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hinnga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon itu berkata "Wahai Muslim,Wahai hamba ALLAH ada orang Yahudi di belakang ku ke marilah dan BUNUHlah dia,kecuali (pohon)gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Teringat rancangan MHI,msa 2 mereka jemput Ustaz Zahazan...ap yg sya ingat ustaz ni kata org Yahudi dah lame mengkaji hadis ni,mereka dah mula menanam pohon gharqad sebab mereka tahu pohon ni akan membantu mereka nnti...bagi kita sejauh mana kita sedar tentang hadis ni...adakah kita mengambil iktibar

KIAMAT pasti akan jadi,ISLAM pasti akan menang..tapi adakha kita sekadar duduk sahaja,kembalilah kembalilah kembalilah pada ALLAH,Rasulullah telah berpesan dalam khutbah terakhir baginda..Berpegang teguh pada AL-Quran dan AS-sunnah,kamu tidak akan sesat selamanya...wahai saudara seislamku,sayangilah Agama ALLAH ni,Agama ISLAM kalu bukan kita untuk menjaganya dan mntarbatkannya SIAPA LAGI???

HIDUP!HIDUP! ISLAM HANCUR!HANCUR! KUFFAR
HIDUP!HIDUP!ISLAM HANCUR!HANCUR!MUNAFIK
HIDUP!HIDUP!ISLAM HANCUR!HANCUR!YAHUDI

TAKBIR!


-jika salah minta tegur-
(gmbr2 d atas diamik dri blog sahabt ana)









































Mak kata tak sakit..macam gigit semut jr


Allamdulillah dua2 selamat berkhatan =)




abangngah,yassier ngan mak....(yasier baru selesai,alfi odw)



Alhamdulillah pada isnin yg lepas dua orang adk lelaki saya selamat berkhatan..dah besar dah adk saya ni =)kat atas ni gambar2 hero aftter sunat...

Dalil utama berkaitan berkhatan adalah:

"lima perkara fitrah:Berkhatan,mencukur bulu kemaluan,memotong kuku,mencabut bulu ketiak(cukur) dan memendekkan misai".(Riwayat Muslim)

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Qayyim dalam kitab Zadul Ma'ad pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW dikhatankan oleh Abu Mutalib pada hai ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan ada pandangan bahawa Rasulullah SAW dilahirkan dalam keadaan berkhatan adalah lemah,demikian juga pandangan yang menyatakan bahawa Jibrail a.s yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

(sumber:disunting dari http://www.zaharuddin.net/)

p/s:untuk alfi dan yasier,akak harap adk lepas ni jadi anak yang soleh yr...kena rajin solat,dengar kata mak,i know you are good boys =)

this song,i dedicate special to my brother's...

-jika salah minta tegur-

Tuesday, June 1, 2010

doakan untuk ummat ISLAM-doa Qunut Nazilah

doa Qunut Nazilah

ya ALLAH,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu

di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kamu berlindung dengan-Mu

daripada kejahatan mereka.

ya ALLAH

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka

Goncangkanlah pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum

Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,

Ya ALLAH,Ya ALLAH,Ya ALLAH

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab

Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan Mereka

Dan menangkan kami ke atas mereka

aminnn

"doakan saudara-saudara kita seislam yang dizalimi dan ditindas oleh kaum kafir"

Moga-moga Kemenangan berada di pihak ISLAM!!!!

Wednesday, May 26, 2010

Mengapa perlu merokok,wahai saudara seislamku???






cube teka berapa umur adk ni??



Nak ke jadi macam ni???


dah lame rasanya x update blog ni...tgah cari idea nak tulis ap=) hari ni rasa nak berkongsi berkenaan Budaya Merokok!!! Mengapa merokok sedangkan tahu bahaya merokok???Ada yang berkata nampak macho,untuk release tension sebab tu merokok...YA ALLAH,cube lihat video ni,siapa yang bergembira kalu anda merokok..cube buka mata hati...





Para ulama' dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak.Mereka mengharamkannya atas sebab2 berikut:

1.Asap dan bau rokok adalah keji.Firman ALLAH:

"yaitu orang-orang yang mengikuti Rasul,Nabi yang ummi(tidak bisa baca tulis)yang (namanya)mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka,yang menyuruh mereka membuat makruf dan mencegah dari mungkar dan menghalalkan segala yang baik dan mengharamkan segala yang buruk pada mereka,dan membebaskan beban-beban dan belengu-belengu yang ada pada mereka.Adapun orang-orang beriman kepadanya,memuliakan,menolongnya dan mengikuti cahaya yang terangyang diturunkan kepadanya(al-Quran),mereka itulah orang-orang yang beruntung."(al-a'raf,7:157)


cube fikir.... adakah merokok membawa banyak kebaikan or keburukan?


2.Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya.
"Wahai orang-orang beriman!Jangan lah kamu saling memakn harta sesamamu dengan jalan yang batil(tidak benar),kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka diantara kamu.dan janganlah kamu membunuh dirimu.Sungguh ALLAH maha Penyayang kepadamu"(an-nisa,4:29)

3.Membelanjakan wang untuk rokok merupakan satu pembaziran.Kerana Rokok tidak membawa sebarang faedah."Dan berikanlah haknya kepada kerabat dekat,juga kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan(hartamu)secara boros."(al-isra',17:26)

4.Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih.Rasulullah bersabda:"ALLAH itu bersih dan cintakan Kebersihan"(HR al-Bazzar)

5.Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau bersebelahan dengannya,Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat,janganlah menyakiti jirannya"(HR Bukhari & Muslim)

Kamu Tahu tak Dalam Filter Rokok ada Campuran DARAH BABI!!!

Menurut Professor Universiti kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman-didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri.Salah satunya didalam industri tembakau.Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan di dalam filter rokok.Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat di dalam asap rokok!

setakat ini hanya dijual di Greece yang comfirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam.Di negara-negara lain isi kandunagn pembuatan filter tidak wajib diberitahu.Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!!!
what is your opinion??? (Sumber dari muslimeen united)

Akibat merokok jangka pendek:-

#Pembebasan gas co2 dan pegurangan o2 menyebabkan otak tdk dpt berfungsi dengan sepenuhnya.

#nafas berbau,gigi kuning

#mengurankan deria bau

#Megurangakn suhu badan,kulit Muka cepat berkedut.

#Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.

kesan merokok jangka masa panjang...

Barah(cth paru-paru,mulut tekak dan usus)

Penyakit jantung.

angin ahmar/strok.

Lelah

ulser(perut,peptic)

osteoporosis

kemandulan

mati pucuk.

masa cari maklumat pasal post ni terjumpa satu artikel ni..sedih dan kesian ap la nasib adk ni akan datang...sebab mula meghisap rokok berusia satu setengah tahun...nak salah kan siapa dalam hal ni???




sumber kosmo(petikan ringkas)


Jakarta:Sandy W,kanak-kanak Indonesia yang baru berusia 4 tahun.Sandy berkata,dia mahu menjadi pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakn untuk melanggan pelacur di Dolly,sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.
Bapanya Mulud,50 menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan larangannya supaya berhenti merokok.
sementara itu,kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan.-agensi





ini baru satu kes,macam mana tidak timbul gejal sosial yang makin hari makin teruk jika didikan awal tidak didik dgn didikan agama...Ya ALLAH,selamtkan lah ummat ini...



bagaimana dengan generasi akan datang???bagaimana ISLAM akan datang???



Pada sauadara seislamku,yang masih merokok diluar sana,masih belum terlewat untuk berubah...berubah sedikit demi sedikit...anda BOLEH merubahnya...sesungguhNYA

ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG ...



-jika salah diminta tegur-





























































































































Monday, May 24, 2010

jangan merajuk wahai daie

sambil baca bawah ni,dgar lagu ni gak yr...=)

lagu kegemaran..=)

untuk sahabat seperjuangan... mari sama2 kita hayati kisah Nabi Yunus a.s

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya

Sembahlah ALLAH yang Maha Esa

Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan dihina

Baginda tidak berputus asa

Walau dicaci walau dihina

akhirnya Nabi berasa hampa

Umatnya masih menderhaka

lalu dia pergi membawa hati

ke tepi pantai seorang diri

kapal pedagang Baginda menumpang

Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan

bila di undi Nabi merelakan

terjun kedalam laut yang bergelora

baginda ditelan ke perut ikan Nun

gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya

Ditarbiyyah ALLAH sebegitu rupa

Menangislah nabi penuh duka

Memohon ampun Dari Tuhannya

begitulah kisah seorang Nabi

Diuji ALLAH begitu sekali

(sumber:bahan tarbiyyah.info)

wahai daie,penyambung risalah dakwah Nabi Muhammad...kadang kita merasa kecewa,sedih...knape masih ramai ag tidak mahu menjadikan ISLAM sebagai cara hidup...realitinya ia berlaku dikalangan orang terdekat kita...balik umah lain,kat kampus lain plak citer nyr...(pndpat sndiri)

tapi ap yang penting jangan pernah berputus asa,kalu bukan kita,kalu bukan diri ni...siapa ag???sedarlah wahai daie,amanah ini datang dari ALLAH,,,tidak takut kah kita jika tidak dpt melaksanakn amanah ni dengan sebaiknya....sebelum MATI menjemput kita...

Renung kembali....siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan ILLAHi,hanya usaha yang akan dipersoalkan nnti...persoalannya sejauh mna usahamu wahai diri???

"Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau(Muhammad) melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan.katakanlah"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan(mengharapkan kepatuhan)orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannnya" (al-furqan,25:56-57)

dalam perut kegelapn perut ikan Nun,hati Nabi Yunus mula bertasbih dan mohon keampunan pada ALLAH..mohon taubat krn putus asa dgn rahmat ALLAH sambil berkata..

"bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim"(al-anbiyaa:87).....ALLAH merima taubat Nabi Yunus dan menyelamatkan baginda dari ditelan ikan NuN..sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

jika kita berasa sedih,remember ALLAH always be there...DIA tidak pernah melupakan kita,tapi adakah diri ni sering ingat pada NYA???

tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa megira ketidakberhasilan hidayah,ingat hidayah datang dari ALLAH,kerana tiap langkah di atas jalan ni adlah kejayaan...

Firman ALLAH"jangan lah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman(ali,imran:139)

pesanan buat diri dan sahabat2 yang bersama2 untuk menegakkan ISLAM..moga ALLAH tetapkan hati ni untuk terus istiqamah dalam medan dakwah ini...ikhlaskan niat..ALLAH MAHA MENGETAHUI,yakin dengan janji ALLAH....=)

berjuang memang pahit kerana syurga i2 SWEET=)

-jika salah diminta tegur-

Friday, May 21, 2010

Surah Al-Hashr; Gunung takut kepada ALLAH,bagaimana KITA???

mari kita tadabbur ayat ini...

Dengan nama ALLAH,yang MAha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kpd Rabbnya yang tidak terlihat oleh mereka,mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar"(al-mulk,67:12)

Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang mengingati ALLAH kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi nescaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak".(HR al-Hakim)

renungkan pada diri sendiri, sudah berapa lama diri ini tidak menangis mengenang dosa yang dilakukan..padahal byk dosa yang telah dilakukan,masih byk lagi tanggunggjawab yang belum laksanakan sebagai seorang hambaNYA, seorang anak,seorang sahabat,seorang dikatakan menegakkan amar makruf nahi Mungkar!!!

adakah sekadar MENANGIS sje,ummat ISLAM perlu bersatu tegakkan ISLAM...tanggungjawab kita byk...masa semakin suntuk..WAKE UP MUSLIM!!!

"Ya ALLAH,Tuhan yang membalik-balikkan hati ini,tetapkanlah di jalan agama-MU"(riwayat At-Tarmizi daripada Anas bin Malik)

Sabda Rasulullah'Semua mata (manusia) pada hari kiamat akan menangis kecuali(ada beberapa orang yang tidak menangis)pertama,mata yang terjaga dari hal-hal yang diharamkan,kedua mata yang digunakan untuk berjaga-jaga(pd mlm hri)di jalan ALLAH,ketiga mata menangis kerana takut pada ALLAH walau (air mata yang keluar itu)hanya sekecil kepala seekor lalat".(HR:Asbahany)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Barangsiapa mendengar satu ayat dari Kitab ALLAH s.w.t maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda,dan barangsiapa membaca satu ayat kitab ALLAH s.w.t maka ayat itu merupakan NUR baginya kelak dihari kiamat".

-WAKE UP MUSLIM!!!-

-jika diri ini salah diminta tegur-=)

wahai diri,solatlah kamu sebelum MATI menjemputmu...

Firman ALLAH s.wt

'Dan mereka yang tetap memelihara solat.Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.Yang akan mewarisi syurga Firdaus,mereka kekal di dalamnya".(al-mukminun 9-11)

Abu-Laits berkata"siapa yang ingin selamt dari siksaan kubur maka harusla menzalimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

1.Menjaga solat lima waktu

2.banyak bersedekah

3.banyak membaca al-quran

4.banyak bertasbih

semua yang empat ini dapt menerangi kubur dan meluaskan.Adapun empat harus ditinggalkan ialah:

1.dusta

2.khianat

3.mengadu domba

4.Menjaga kencing.Sebab Nabi Muhammad bersabda"Bersih-bersihlah kamu daripada kencing,sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing.(Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya)'.

"bacalah Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu(Muhammad) dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.dan ketahuilah mengingati ALLAH(solat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah lain).ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan".(al-ankabut,29:45)

'saudara-saudaraku yang ku sayangi kerana ALLAH,peliharalah solat..."

kalau diri ini silap diminta tegur.

[Bangun Subuh]Bangun,bangun!!!

ap yg dpost ni,pesanan untuk diri sendiri jugak serta buat semua saudara seISLAMku...

mula2,tgok dulu video ni yr..jap jr,bukan tgok sajr...=)

"Sesungguhnya amal manusia yang pertama dihisab pada hari kiamat adalah solatnya"Jika solatnya baik,maka baik pula seluruh amalnya,dan kalau buruk maka buruklah segala amalnya".

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh.Sekiranya mereka mengetahui apa yg terkandung di dalamnya niscaya mereka akan mendatangi (berjemaah di masjid)sekalipun dgn merangkak"[HR Al bukhari dan Muslim]

rata-rata penyebab utama seorang muslim meninggalkan solat subuh adlah TIDUR...Zzzz

'Syaitan melilit seorang di antara kalian dengan tiga lilitan ketika ia tidur.Dengan setiap lilitan setan membisikkan "Nikmatilah malam yang panjang ni".Apabila ia bgun lalu mengingati ALLAH,maka terlepaslah lilitan itu.apabila ia berwudhu',lepaslah ikatan kedua.Kemudian apabila ia solat ,lepaslah ikatan ketiga,sehingga ia menjadi semangat.tetapi kalau tidak ia akan malas".

sahabat yg direhdai,

'Barangsiapa yang menunaikan Solat Subuh maka ia berada dalam jaminan ALLAH.Solat Subuh menjadikan seluruh umat ISLAM berada dalam jaminan,penjagaan dan perlindungan ALLAH sepanjang hari.Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat SubuH,ALLAH akan menuntutnya sehingga ia akakn membenamkan mukanya kedlm neraka" [HR muslim At-Tadmidzi dan Ibnu Majah]

bila baca hadis ni,cube kita lihat keadaan umat ISLAM sekarang...macam2,adakah kita telah lupe tangunngjawab kita sebenarnya..(51:56),baca paper jer masalah sosial dalam masyarakat kita dikalangan saudara kita,makin hari makin hebat...

bagi saya,dikalangan orang terdekat kita(muhasabah diri ni gak....) adakah betul2 mengamalkan cara hidup ISLAM (ISLam is da way of life),bagaimana generasi akan datang!!!!

PELIHARALAH SOLAT!!!

Tips menjaga Solat Subuh:

  1. Ikhlaskan niat krn ALLAH.
  2. Bertaubat dari dosa-dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya lagi
  3. Banyakkan doa agar ALLAH memberi kempatan untuk solat subuh.
  4. Carilah kawan yang baik.
  5. latihlah untuk tido cara yang diajar oleh Rasulullah saw(tido awal,berwudhu'sebelum tido,mengiring ke kanan,berdoa)
  6. Megurangi makan sebelum tido serta jauhilah teh dan kopi pada malam hari.
  7. Ingat keutamaan dan hikmah bagun subuh.
  8. set jam(jam loceng,jam telepon...)
  9. Ajaklah orang lain untuk solat Subuh dan mulailah dari keluarga.

"Jika kamu menolong agama ALLAH,maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukkanmu",(Muhammad:7)

Tuesday, May 18, 2010

Himpunan besar 3 Julai 2010

pagi2,macam biasa baca paper... berminat ngan berita ni...dan rasa nak postkan dalam blog ,harap sesiapa yang sudi bukak blog ni..sebarkan benda ni yr,
*wake up MUSLIM,jangan sesekali mempermainkan ISLAM*

19mei,harakah daily.

1.Membantah Lesn Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan pemuda Pas pusat.

Pertama:Himpunan 3 julai 2010
Tempat:Perkarangan Masjid Negara
Tujuan:Menyerahkan memorandum bantah Lesen judi serta campur Tangan raja-raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansuhkan Lesen judi Bola atau sukan tersebut.


Kedua:21 Mei 2010(jumaat)
Tempat:masjid Negeri di seluruh negara.
Tujuan:Meyuarakan bantahan Rakyat terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen Judi bola dan sukan ni.

Ketiga:Memorandum kepada mufti-mufti Negeri (tempoh 21 mei hingga 30 june)

p/s:nak lebih lanjut baca paper yr =)

Monday, May 17, 2010

mari berselawat

Astaghfirullah

Munajat - Ustaz Asri Ibrahim

ayuh sahabat2,ALLAH merindui suara hambanya nya yang megharap pengampunan padaNYA..

HUKUM JUdi adalah HARAM!!!

shah alam,13 Mei-Mufti Perak,Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruahan bola sepak Piala dunia,umpama menentang hukum syarak!!!

pada pndapat saya sudah terang lagi bersuluh,judi itu adalah haram...Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram-6 mei,Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Fikirlah dengan mata hati,kita takut dengan undang2 yang diciptakan oleh manusia....atau undang2 ALLAH!!!

dimana ALLAH,dimana letaknya Al-Quran dan Hadis ...Malaysia merupakan sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin ISLAM,tidak takutkah kta dgn balasan ALLAH...kalu ALLAH hendak turunkan bala atas dosa2 kta ni dlam sekelip mata sahaja...(tiba2 teringat tsunami yang berlaku di negara kita,2 baru ckit sahabat,baru dunia..belum ag balasan NERAKA,ya ALLAH...

Judi adalah suatu perbuatan yang ternyata haramnya.Ia diharamkan oleh ALLAH,ALLAH,ALLAH..dan tiada khilaf di kalangan ulama sekalipun,judi ni tetap haram..

ingat ap yang kita lakukan hari ni kelak akan ditanya???oleh...
tepuk dada tanya IMAN..kalu bukan kita yang hendak pelihara agama ni siapa lagi....

*bangkit ummat ISLAM menentang Kemungkaran*
WAKE UP MUSLIM
"Wahai orang-orang beriman!Sesungguhnya minuman keras,berjudi,(berkurban untuk)berhala dan mengundi nasib dengan anak panah,adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan.Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan)itu agar kamu beruntung" 5:90

"Dengan minuman keras dan judi itu,setan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dan menghalang-halangi kamu dari mengingat ALLAH dan melaksanakan solat,maka tidakkah kamu mau berhenti? 5:91





Monday, May 3, 2010

don't be sad

Unique of Islam Cara Syaitan Goda

hari ni 4mei 2010,tajuk utama dalam harian metro 'pijak isteri hingga mati',kejadian berlaku di kuala lipis..ia berpunca akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang melalui telefon bimbit,seorang suami memijak perut di dada,kepala dan paha wanita iu sehingga maut.

bagi saya yang menyebabkan saya sedih dengan kejadian ni,mangsa adalah Rosmawati Abd Rahman,39 yang mempunyai 6 orang anak berusia 2tahun hingga 19 tahun disahkan meninggal ditempat kejadian.

adakah Islam tidak mengajar cara untuk marah,bila mana syaitan menguasai diri..macam2 bleh berlaku tanpa disedari...

Ya ALLAH,moga dibuka pintu hati suami si mangsa untuk bertaubat..ALLAH MAHA PENGAMPUN,ALLAH MAHA PENYAYANG

....

Rasulullah SAW bersabda"MAnusia yg gagah bukanlah manusia yang boleh mengalahkan lawanya,tetapi manusia yang dapat mengawal rasa marahnya".

dalam hadith lain,Baginda mengulangi pesanan yang ringkas tetapi bermakna"Jangan kamu marah,jangan kamu marah,jangan kamu marah!'.

boleh marah tetapi dengan hikmah=)

*peace no war*

rasa dengan mata hati yr...=)

fikir sejenak...adakah apa yang kita lakukan selama ni,dilihat oleh ALLAH...

Bimbang mati kita kelak,merasa diri sedah berjuang dan berdakwah tetapi dilihat SEBALIKNYA oleh ALLAH

'antara yg terawal diadili hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid.Kemudian ditanya kepada mereka"Apakah yg kmu sudah perbuat(amalan di dunia dulu)?Jawabnya"Aku berjuang untuk Mu,sehingga mati syahid.Dibalas"kamu berbohong tetapi kamu berjuang untuk digelar'SANG BERANI'Maka dikatakan semula amalannya dan dicampakkan dia ke dalam neraka.

golongan kedua yg dihitung amalan ialah"Aku mempelajari ilmu,mengjarkannya dan membaca keranaMu al-Quran".dijawab semula "kamu berbohong ,kamu mempelajari ilmuagar kamu bergelar ALIM,kamu membaca Al-Quran agar digelar QARI,maka dikatakan,ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

golongan ketiga"Tidak aku sesuatu yg engkau sukai untukku dermakanyya kecuali aku demarkannya kerana MU.Dijawab semula"Kamu berbohong kamu mendermaknnya agar kamu digelar DERMAWAN,maka dikatakan,ditarik semula amalanya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.(riwayat Muslim,no 3527,Kitab al-Imrah).

Semoga kita semua dijauhkan drpd racun hati oleh si musuh ALLAH yg sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas sebenarnya.Bagi sesiapa sudah berjaya ikhlas,tiba-tiba dipuji manusia atas sumbangan dan kebaikannya,segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan juga niatnya IKHLAS kepada ALLAH.

Friday, April 30, 2010

remaja sebagai khalifah


hari ni,d tv9 rancangan usrah mengupas tajuk



'remaja sebagai khalifah'



Dcni ad sedikit input untuk dkongsi bersama...=)













di dalam surah at-tin,ALLAH telah berfirman bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian.Adakah kita sedar?manusia sering bertanya..


Dari mana dia dtg?Mengapa dia dijadikan?Kemana dia dikembalikan?


Jawapannya....semua terjawab dalam Al-Quran


Dari mana di dtg? al -hajj:5


Mengapa dia dijadikan?adz-dzariyat 56


kemana dia dikembalikan? ar-rum 11


2:185 ' Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia peroleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.'


Potensi untuk menjadi Khalifah:-


1-niat untuk jadi cemerlang.


2-Melakukan amar makruf.


3-Kena berani mencegah mungkar


4-Berani hadapi risiko.

adakah kita sedar tanggungjawab kita sebagai khalifah?cube tanya diri sendiri...tugas kita sebagai hambaNYA menjalankan perintahNYA dan meniggalkan laranganNYA,benda ni rasa sume tahu tp knape masih lagi ramai umat ISLAM yg tidak sedar dan tidak takut pada ALLAH,dimana ALLAH di hati kita??sedih bile masalah sosial yang berlaku sekarang kebanyakkannya dari saudara kita sendiri..saudara seislam.. YA ALLAH.Ingatlah kalu ALLAH hendak menurunkan bala atau tarik nikmat kita (bayangkan tiba2 xd oxygen nk sedut,tgh wat maksiat ni,tiba2 ALLAH hendak cabut nyawa kita,x sempat nk bertaubat fikirkanlah ap nasib kita kelak..) hanya ALLAH yg tahu..masih belum terlambat lagi untuk bertaubat ....ALLAH tidak pernah lupe kan kita,cume kita adakah ingat padaNYA?

pesanan wat diri dan sume-Takutlah dan malu lah untuk membuat Dosa,yakin adanya balasan syurga dan neraka,yakin adanya ALLAH yg sedang perhatikan kita,yakin ap yg kita lakukan akan di hitung...

sedar dan berubah lah!!!






Wednesday, April 28, 2010

cinta abah

my brother's



assalamua'laikum,mula2 ni xd idea nk tulis ap sebenarnya...


abah dan emak =)


sekadar hendak berkongsi,pada 15 oktober 2009 tepat jam 12.30pm perginya seorang lelaki yang paling kusayangi,iaitu abah.kekadang rasa stil terlalu awal,permergiannya tetapi aku yakin semua ini telah ditetapkan oleh ALLAH.DIA Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi.Aku cume bleh berharap n berdoa supaya diri ini dan adk2 menjadi anak yang soleh dan solehah supaya mengalir doa padanya.Pesanan wat sahabat2 yg stil mempunyai ibu dan ayah hargailah mereka,ingat sahabat keredhaan ALLAH terletak juga pada kerdhaan mereka.Pada yang telah tiada jangan putus mendoakan mereka agar ditempatkan dikalangan orang yang beriman.








Ajal dan maut semua telah ditetapkan tiap detik,masa hanya ALLAH mengetahui,persoalannnya adakah kita telah bersedia jika dipanggil olehNYA yang kita sendiri belum tahu bila masanya...
firman Allah surah al-isra' 23-24
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Jika salah sorang diantara kedua nya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jaganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya degan penuh kasih sayang dan ucapkanlah.'Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil'.