Wednesday, May 26, 2010

Mengapa perlu merokok,wahai saudara seislamku???






cube teka berapa umur adk ni??



Nak ke jadi macam ni???


dah lame rasanya x update blog ni...tgah cari idea nak tulis ap=) hari ni rasa nak berkongsi berkenaan Budaya Merokok!!! Mengapa merokok sedangkan tahu bahaya merokok???Ada yang berkata nampak macho,untuk release tension sebab tu merokok...YA ALLAH,cube lihat video ni,siapa yang bergembira kalu anda merokok..cube buka mata hati...





Para ulama' dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak.Mereka mengharamkannya atas sebab2 berikut:

1.Asap dan bau rokok adalah keji.Firman ALLAH:

"yaitu orang-orang yang mengikuti Rasul,Nabi yang ummi(tidak bisa baca tulis)yang (namanya)mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka,yang menyuruh mereka membuat makruf dan mencegah dari mungkar dan menghalalkan segala yang baik dan mengharamkan segala yang buruk pada mereka,dan membebaskan beban-beban dan belengu-belengu yang ada pada mereka.Adapun orang-orang beriman kepadanya,memuliakan,menolongnya dan mengikuti cahaya yang terangyang diturunkan kepadanya(al-Quran),mereka itulah orang-orang yang beruntung."(al-a'raf,7:157)


cube fikir.... adakah merokok membawa banyak kebaikan or keburukan?


2.Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya.
"Wahai orang-orang beriman!Jangan lah kamu saling memakn harta sesamamu dengan jalan yang batil(tidak benar),kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka diantara kamu.dan janganlah kamu membunuh dirimu.Sungguh ALLAH maha Penyayang kepadamu"(an-nisa,4:29)

3.Membelanjakan wang untuk rokok merupakan satu pembaziran.Kerana Rokok tidak membawa sebarang faedah."Dan berikanlah haknya kepada kerabat dekat,juga kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan(hartamu)secara boros."(al-isra',17:26)

4.Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih.Rasulullah bersabda:"ALLAH itu bersih dan cintakan Kebersihan"(HR al-Bazzar)

5.Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau bersebelahan dengannya,Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat,janganlah menyakiti jirannya"(HR Bukhari & Muslim)

Kamu Tahu tak Dalam Filter Rokok ada Campuran DARAH BABI!!!

Menurut Professor Universiti kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman-didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri.Salah satunya didalam industri tembakau.Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan di dalam filter rokok.Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat di dalam asap rokok!

setakat ini hanya dijual di Greece yang comfirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam.Di negara-negara lain isi kandunagn pembuatan filter tidak wajib diberitahu.Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!!!
what is your opinion??? (Sumber dari muslimeen united)

Akibat merokok jangka pendek:-

#Pembebasan gas co2 dan pegurangan o2 menyebabkan otak tdk dpt berfungsi dengan sepenuhnya.

#nafas berbau,gigi kuning

#mengurankan deria bau

#Megurangakn suhu badan,kulit Muka cepat berkedut.

#Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.

kesan merokok jangka masa panjang...

Barah(cth paru-paru,mulut tekak dan usus)

Penyakit jantung.

angin ahmar/strok.

Lelah

ulser(perut,peptic)

osteoporosis

kemandulan

mati pucuk.

masa cari maklumat pasal post ni terjumpa satu artikel ni..sedih dan kesian ap la nasib adk ni akan datang...sebab mula meghisap rokok berusia satu setengah tahun...nak salah kan siapa dalam hal ni???




sumber kosmo(petikan ringkas)


Jakarta:Sandy W,kanak-kanak Indonesia yang baru berusia 4 tahun.Sandy berkata,dia mahu menjadi pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakn untuk melanggan pelacur di Dolly,sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.
Bapanya Mulud,50 menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan larangannya supaya berhenti merokok.
sementara itu,kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan.-agensi





ini baru satu kes,macam mana tidak timbul gejal sosial yang makin hari makin teruk jika didikan awal tidak didik dgn didikan agama...Ya ALLAH,selamtkan lah ummat ini...



bagaimana dengan generasi akan datang???bagaimana ISLAM akan datang???



Pada sauadara seislamku,yang masih merokok diluar sana,masih belum terlewat untuk berubah...berubah sedikit demi sedikit...anda BOLEH merubahnya...sesungguhNYA

ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG ...



-jika salah diminta tegur-





























































































































1 comment: