Saturday, June 12, 2010

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna




  1. Jika kamu menjaga hak-hak ALLAH SWT,ALLAH SWT akan menjaga hak-hak kamu

  2. Jika kamu tidak malu kpd ALLAH,lakukan apa yang kamu kehendaki

  3. Elokkan makanan kamu,pasti ALLAH memaqbulkan segala permintaan kamu.

  4. Takutlah kpd ALLAH,walau dimana kamu berada.

  5. Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

  6. Berakhlak dengan sebaik-baik akhlak.

  7. Takutlah kepada perkara-perkara dosa,pasti kamu akan menjadi hamba ALLAH terbaik.

  8. Redhalah dengan pembahagian ALLAH,pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

  9. Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

  10. Jangan terlalu banyak ketawa kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

  11. Kezaliman adalah kegelapan di akhirat kelak.

  12. Bertaqwalah kepada ALLAH dan berlaku adillah kpd anak-anak kamu.

  13. Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

  14. Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

  15. Perkara yang paling berat dalam timbangan ALLAH adalah Akhlak dan budi perkerti mulia.

  16. Bertindak dengan tenang adalah ajaran ALLAH dan gopoh-gapah adalah amalan syaitan.

  17. Orang yang sedikit harta,mendapat kiraan yang senang daripada ALLAH.

  18. Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

  19. Amalan yang paling ALLAH sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

  20. Tempat ynag paling ALLAH sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

  21. Tempat yang paling ALLAH benci adalah pasar-pasar.

  22. Makanan ynag palig ALLAH sukai adalah makanan yang disedekah secara beramai-ramai

  23. Perkataan yang paling ALLAH sukai adalah Subahanallahwabihamdih

  24. Orang yang paling ALLAH sukai adalah orang yang mencari manfaat dalam agama.

  25. Amalan yang ALLAH sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kpd manusia.

  26. Sesiapa dpt menahan kemarahan,ALLAH akan menutup perkara yang memalukan.

  27. AKhlak buruk adalah akhlak sebagaimana cuka merosakkan madu.

  28. Hamba yang paling ALLAH sukai adalah hambanya yang paling mulia akhlaknya.

  29. Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis citarasanya.

  30. Jagalah lidah kamu.

  31. Laksanakan amanah kpd mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

  32. Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

  33. Berdoalah kpd ALLAH dalam kamu yakin kepada penerimanya.

  34. Berilah berita gembira,janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

  35. Permudahakanlah sesuatu urusan,janganlah kamu memayahkan sesuatu urusan.

  36. Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

  37. Jika kamu didatangi nikmat atau harta,maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

  38. JIka sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemuliaan,maka muliakan mereka.

  39. Jika kamu didatangi seseorang lelaki untuk meminang anak kamu,dan dia memiliki nila-niali agama dan kemuliaan akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

  40. Jika ALLAH mengkehendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia,ALLAH akan mencampakkan perasaan kasih sayang pada ahli-ahli keluarga tersebut.

  41. Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu,maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

  42. Jika ada orang melaga-lagakan kamu,biarkanlah dia.




(sumber blogperibadirasulullah)

-jika salah minta tegur-









No comments:

Post a Comment