Monday, May 3, 2010

Unique of Islam Cara Syaitan Goda

hari ni 4mei 2010,tajuk utama dalam harian metro 'pijak isteri hingga mati',kejadian berlaku di kuala lipis..ia berpunca akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang melalui telefon bimbit,seorang suami memijak perut di dada,kepala dan paha wanita iu sehingga maut.

bagi saya yang menyebabkan saya sedih dengan kejadian ni,mangsa adalah Rosmawati Abd Rahman,39 yang mempunyai 6 orang anak berusia 2tahun hingga 19 tahun disahkan meninggal ditempat kejadian.

adakah Islam tidak mengajar cara untuk marah,bila mana syaitan menguasai diri..macam2 bleh berlaku tanpa disedari...

Ya ALLAH,moga dibuka pintu hati suami si mangsa untuk bertaubat..ALLAH MAHA PENGAMPUN,ALLAH MAHA PENYAYANG

....

Rasulullah SAW bersabda"MAnusia yg gagah bukanlah manusia yang boleh mengalahkan lawanya,tetapi manusia yang dapat mengawal rasa marahnya".

dalam hadith lain,Baginda mengulangi pesanan yang ringkas tetapi bermakna"Jangan kamu marah,jangan kamu marah,jangan kamu marah!'.

boleh marah tetapi dengan hikmah=)

*peace no war*

4 comments:

  1. marah untuk mengajar.

    semua sifat yang dicipta Allah taala ada guna nya. cuma mesti sesuai dengan tempat dan kena cara.

    kita boleh guna marah untuk mendidik atau mengajar. tapi sekadar untuk mendidik bukan untuk membalas dendam nafsu kita.

    bak kata pepatah " marah anak, tangan-tangankan, marah isteri tinggal-tinggalkan"
    hmm dah tukar sket..

    disini marah = nak mendidik = sayang

    kita marah apabila persekitaran kita terutmanya orang terdekat melakukan maksiat bermakna kita peka dengan Islam dan roh dakwah ada dalam diri kita.

    Kita marah kerana kita sayang persekitaran kita iaitu manusia-manusia di sekeliling kita.

    Macamana kita nak mengamalkan sifat marah dengan betul boleh merujuk tulisan iman Ghazali. ia berkaitan dengan akhlak kita. Imam Ghazali banyak menulis tentang akhlak.

    pepun terima kasih atas perkongsian ini.
    mitak maaf jika terkasar bahasa, terguris rasa.
    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Mutakhir ini sering kita dengar cerita2 yang kadang2 buat kita terfikir sejenak.. ada juga manusia jenis itu....

    Pada saya mereka yang bertindak diluar norma kemanusiaan itu sedang melalui tekanan (Stess) tahap tertingi iaitu scizofrenia.

    Mereka yang mengalami tahap stress ini telah memendamkan dendam sekian lama dan akhirnya ia tak tertahan lagi lalu meletup dengan tindakan2 luar kewarasan.

    Konflik di dalam rumah tangga adalah suatu yang normal, tetapi ia harus diselesaikan dengan segera. Jika tidak, ia akan menumbuhkan tekanan perasaan pada tahap pertama (Stress). Jika diperingkat ini pun konflik tidak cuba diselesaikan, individu tersebut akan berada pada tahap kemurungan (Depress).

    Tahap terakhir, ialah scifrenia. Ditahap inilah, kita lihat ada isteri yang letak parang bawah bantal suami, ayah bunuh anak, anak bunuh ibu, ibu buang bayi dan sebagainya.

    Wallahua'lam.
    Qard jr
    http://cambincute.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. maaf. qard jr terguna akaun cik awan

    ReplyDelete
  4. owh,xpe2...syukran sudi bri pndapt-qard jr

    ReplyDelete