Thursday, July 1, 2010

tanyalah ustaz.

Tanyalah ustaz,usrah...kalu hari jumaat,memang ternanti-nanti rancangan ni=)best,cubalah tengok,post kali ni nk kongsi sedikit ilmu yang diperoleh daripada rancangan td.

Tanyalah ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Abdul Kadir
mengupas tajuk TAQWA...
apa itu TAQWA,sahabat???
Taqwa adalah takutkan ALLAH dengan melakukan perintahNYA serta meninggalkan laranganNYA.

Ciri-ciri orang bertaqwa dalam firman ALLAH dalam surah al-baqarah(1-5)
"Alif lam lim.Kitab (al-quran)ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(yaitu)Mereka beriman kpd yang Ghaib,melaksanakan solat dan mengiinfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,dan mereka yang beriman kepada(al-quran)yang diturunkan kepadamu(Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adnya akhirat.Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang beruntung.

ciri2 orang beriman antaranya:
-Mendirikan solat-kita perlu menzahirkan tatacara ibadah solat dengan menjaga akhlak kita apabila diluar solat,mungkin pada hari ni ramai umat ISLAM yang mendirikan solat tapi mengaangap solat itu hanya pergerakan biasa.Solat adalah satu perantaraan kita untuk berkomunikasi dengan ALLAH.Jagalah solat,ia tiang agama..jika tiada tiang agama,runtuhla agama.

-Sebahgian drpd rezeki diberikan dan dibelanjakan kepada orang lain.Sedekah itu burhan(bukti) keimanan.Ini adalah hanya amalan kita saja yang tinggal setelah kita meninggalkan dunia ni.

-Beriman pada Al-Quran dan kitab sebelumnya.Al-quran adalah surat cinta ALLAH,sebagai panduan bagi kita untuk menjadi hambaNYA yang beriman.Wahai diri,ALLAH sangat sayangkan mu,tapi adakah dirimu sedar???BAcalah AL-quran dan fahami isinya dan beramal dengan ilmu yang diperoleh.Jangan biar jiwa ini gersang dengan AL-Quran.

ni adalah sebahagian yang saya dapat kongsikan,jika ada nak tambah dpersilakan=)

*yang mulia disisi ALLAH,adalah yang Bertaqwa*

-jika salah minta tegur-







2 comments:

  1. ana pun sgt minat rancangan ni... sgt bermunafaat.. macam2 tajuk... tuntut ilmu dgn wadah berteknolgi... guna teknologi utk Islam... Syabbas

    ReplyDelete