Monday, May 24, 2010

jangan merajuk wahai daie

sambil baca bawah ni,dgar lagu ni gak yr...=)

lagu kegemaran..=)

untuk sahabat seperjuangan... mari sama2 kita hayati kisah Nabi Yunus a.s

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya

Sembahlah ALLAH yang Maha Esa

Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan dihina

Baginda tidak berputus asa

Walau dicaci walau dihina

akhirnya Nabi berasa hampa

Umatnya masih menderhaka

lalu dia pergi membawa hati

ke tepi pantai seorang diri

kapal pedagang Baginda menumpang

Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan

bila di undi Nabi merelakan

terjun kedalam laut yang bergelora

baginda ditelan ke perut ikan Nun

gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya

Ditarbiyyah ALLAH sebegitu rupa

Menangislah nabi penuh duka

Memohon ampun Dari Tuhannya

begitulah kisah seorang Nabi

Diuji ALLAH begitu sekali

(sumber:bahan tarbiyyah.info)

wahai daie,penyambung risalah dakwah Nabi Muhammad...kadang kita merasa kecewa,sedih...knape masih ramai ag tidak mahu menjadikan ISLAM sebagai cara hidup...realitinya ia berlaku dikalangan orang terdekat kita...balik umah lain,kat kampus lain plak citer nyr...(pndpat sndiri)

tapi ap yang penting jangan pernah berputus asa,kalu bukan kita,kalu bukan diri ni...siapa ag???sedarlah wahai daie,amanah ini datang dari ALLAH,,,tidak takut kah kita jika tidak dpt melaksanakn amanah ni dengan sebaiknya....sebelum MATI menjemput kita...

Renung kembali....siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan ILLAHi,hanya usaha yang akan dipersoalkan nnti...persoalannya sejauh mna usahamu wahai diri???

"Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau(Muhammad) melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan.katakanlah"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan(mengharapkan kepatuhan)orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannnya" (al-furqan,25:56-57)

dalam perut kegelapn perut ikan Nun,hati Nabi Yunus mula bertasbih dan mohon keampunan pada ALLAH..mohon taubat krn putus asa dgn rahmat ALLAH sambil berkata..

"bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim"(al-anbiyaa:87).....ALLAH merima taubat Nabi Yunus dan menyelamatkan baginda dari ditelan ikan NuN..sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

jika kita berasa sedih,remember ALLAH always be there...DIA tidak pernah melupakan kita,tapi adakah diri ni sering ingat pada NYA???

tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa megira ketidakberhasilan hidayah,ingat hidayah datang dari ALLAH,kerana tiap langkah di atas jalan ni adlah kejayaan...

Firman ALLAH"jangan lah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman(ali,imran:139)

pesanan buat diri dan sahabat2 yang bersama2 untuk menegakkan ISLAM..moga ALLAH tetapkan hati ni untuk terus istiqamah dalam medan dakwah ini...ikhlaskan niat..ALLAH MAHA MENGETAHUI,yakin dengan janji ALLAH....=)

berjuang memang pahit kerana syurga i2 SWEET=)

-jika salah diminta tegur-

No comments:

Post a Comment