Friday, October 22, 2010

bak kata org melayu "diam tanda setuju"


NAK KE JADI MACAM NI???

MAHASISWA asset terbesar Negara,jka mahasiswa terkubur siapa yg mentadbir negara ni..Saya tujukan pada diri saya juga as mahasiswa ISLAM dan semua mahasiswa ISLAM laen....
Hadis Rasulullah:
'Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat ISLAM dan sejagat,maka mereka bukan dari kalangan mereka'
jka kita rasa tiada ap2 yg berlaku dalam Negara kta sekarang yg menyntuh sensitiviti ISLAM spt KONSERT adam LAMbert,Fashion Show Islamic yg dianjurkan oleh isteri PM kita,Datin Rosmah...cube lihat mana datang iSLAMIC nya jka terdedah sana sini...maka tidak mustahil jka masalah sosial makin meningkat..nak salahkan siapa?tanyalah IMAN masing2..
jka kita rasa x patut untuk cegah benda ni untuk terus berlaku,sebab kita MAHASISWA something wrong somewhere...INGAT SUARA MAHASISWA BOLEH MENGEGARKAN jka kita bersatu..untuk Bangunkan ISLAM...jangan kita hanya beringat tentang ISLAM bila waktu ALLAH beri peringatan pada kita dengan menurunkan bala pada kita...masa kita makin suntuk,kerja kita makin banyak..tapi adakah kita telah laksanakan dengan sebaiknya...tanyalah pada diri sendiri...
sahabat yg diredhai dan dikasihi krn ALLAH,
INGAT matlamat kita satu.. HANYA untuk menegakkan agama ALLAH,ISLAM..tp adakah sudah tertegak? jka rasa masih belum ..maka
tiada masa untuk mendiamkan diri..kita kena bersatu.
setelah baca ap yang ditulis cube kaitkan dengan tajuk entry ni...renungkan sahabat.
-apa yg ditulis untuk motivate dan teguran untuk diri sndiri jga-
*jka salah minta tegur*



Friday, August 13, 2010

Mengharap Kasih Sayang Tuhan


Assalamua'laikum,sahabat yang dirahmati ALLAH.

hari ni nk kongsi sebuah buku yg saya baca,tjuknya 'Mengharap Kasih Sayang Tuhan'

karya Imam Nawawi.Imam nawawi atau nama sebenarnya Abu Zakaria Yahya bin Sharaf an-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalm bidang hadis.


Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian:

a) Takutkan ALLAH

b)Mengharap belas kasihan ALLAH.

c)Bersangka baik pada ALLAH.

d)Takut dan Mengharap pada ALLAH.


kali ni saya kongsi bahagian pertama dulu'TAkutkan ALLAH",tanyalah iman adakah kita sebenarnya takutkan ALLAH.


"Wahai bani Israil!Ingatlah nikmatKu yang telah Aku berikan kepadamu.dan penuhilah janjimu kepadaKu,niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu,dan takutlah kepadaKu saja"2:40.


Allah berfirman"Wahai manusia!TAkutlah kepada Tuhanmu.Sesungguhnya,gempa hari kiamat itu adalah kejadian yang dasyat.Ingatlah,pada hari kamu melihat peristiwa itu,lalailah semua wanita yang menyusui anaknya daripada anak yang disusukan dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal mereka semua tidak mabuk,akan tetapi azab ALLAH itu amat berat'.22:1-2.


Ini adalah janji dari ALLAh,kiamat pasti akan berlaku..tetapi adakah kita mempunyai persiapan secukupnya untuk menghadapi dunia yang kekal abadi..jika baik amalannya syurga balasanya,jika buruk amalannya neraka tempatnya.


Nu'man bin Basyir bekata"Saya mendengar Rasulullah berkata,"Sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi ahli neraka adalah seorang yang diletakkan dua bara api dibawah kedua kakinya.Dengan cara itu,mendidih otaknya.Orang itu sendiri tidak yakin,ada lagikah orang lain yang mendapat seksaan lebih pedih daripadanya.Sedangkan seksaan yang diterimanya itu adalah yang paling ringan berbanding dengan seksaan yang lain". oleh Bukhari dan Muslim.


Allahuakhbar,itu baru seksaan yang paling ringan...wahai diri fikirkanlah dosa yang telah dilakukan selama ni..


"ya ALLAH,ampunilah aku dan saudaraku.Masukkanlah kami dalam rahmat-Mu.Engkaulah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani."


-jika salah minta tegur-














Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

salam,maaf lamev rasanya x post kat sni..
biasa r dah blik u ni bnyak kejer laen...nnti ada masa,insyaALLAH saya post..
nak kongsi skit..ramadhan kali amat berberza kerana kekurangan seseorang di sisi tetapi life must go on..saya cume berharap dan berdoa pada ALLAH jadikanlah ramadhan kali ni terbaik dari yang dulu,mungkin ini ramadhan yang terakhir atau tidak....ALLAh Maha Mengetahui..

saya nk tanya sesiapa yg ad buka blog ni,tahu x berkenaan hadis yang mengatakan bahawa siksaan kubur pada bulan ramadhan di berhentikan,betul ke?kalu trjumpa hadis tersebut bleh la kongsi yr...syukran

jap ag nak masuk lab..=)undur diri dlu..

-jika salah minta tegur-

ya ALLAH ampunkan dosa kami,panjangkan umur kami,murahkan rezeki kami,tetapkan hati kami pada jalan mu ya ALLAH....aminn.
-

Tuesday, July 6, 2010

Mike tyson menangis di Raudah


Madinah,7 Julai:Bekas juara tinju heavyweight dunia,mike tyson menangis ketika berada di Raudah semalam dan menggangap dirinya berada di satu daripada taman syurga.Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu,bekas peninju itu berkata,dia amat takut pada ALLAH-Agensi

sumber:harakah daily.


ALLAH ArRahman,Ar Rahim...DIA tidak memilih kpd siapa DIA patut kurniakan hidayahNYA,tapi adakah kita ini akan tetap memelihara nikmat iman,ISLAM yang kita kecapi hari ni...ya ALLAH tetapkanlah hati ni hanya padaMU.Takutnya bila hidayah ditarik...


kadang-kadang memang kita tidak sedar yang kita sering melakukan dosa,tapi kembalilah pada NYA..ALLAH Maha Pengampun,janganlah kita sombong...Adakah ALLAH pernah sombong pada kita?

malulah dihadapan ALLAH...malu dan takutlah bila hendak melakukan dosa,adakah kita yakin adanya 'bodyguard' kiri dan kanan iaitu Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amalan kita.

adakah kita yakin balasan syurga dan neraka?tanyalah iman,jawablah imanku...

ALLAH Maha Penyayang,adakah kita sedar atau tidak???


subahanallah,alhamdulillah,allahuakhbar




-jika salah minta tegur-








generasi al-quran..


sejuknya hati tengok adik-adik ni,pelapis pejuang agama suatu hari nanti..insyaALLAH.
Hidup hidup islam,hidup hidup islam!!!
-jika salah minta tegur-

Thursday, July 1, 2010

tanyalah ustaz.

Tanyalah ustaz,usrah...kalu hari jumaat,memang ternanti-nanti rancangan ni=)best,cubalah tengok,post kali ni nk kongsi sedikit ilmu yang diperoleh daripada rancangan td.

Tanyalah ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Abdul Kadir
mengupas tajuk TAQWA...
apa itu TAQWA,sahabat???
Taqwa adalah takutkan ALLAH dengan melakukan perintahNYA serta meninggalkan laranganNYA.

Ciri-ciri orang bertaqwa dalam firman ALLAH dalam surah al-baqarah(1-5)
"Alif lam lim.Kitab (al-quran)ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(yaitu)Mereka beriman kpd yang Ghaib,melaksanakan solat dan mengiinfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,dan mereka yang beriman kepada(al-quran)yang diturunkan kepadamu(Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adnya akhirat.Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang beruntung.

ciri2 orang beriman antaranya:
-Mendirikan solat-kita perlu menzahirkan tatacara ibadah solat dengan menjaga akhlak kita apabila diluar solat,mungkin pada hari ni ramai umat ISLAM yang mendirikan solat tapi mengaangap solat itu hanya pergerakan biasa.Solat adalah satu perantaraan kita untuk berkomunikasi dengan ALLAH.Jagalah solat,ia tiang agama..jika tiada tiang agama,runtuhla agama.

-Sebahgian drpd rezeki diberikan dan dibelanjakan kepada orang lain.Sedekah itu burhan(bukti) keimanan.Ini adalah hanya amalan kita saja yang tinggal setelah kita meninggalkan dunia ni.

-Beriman pada Al-Quran dan kitab sebelumnya.Al-quran adalah surat cinta ALLAH,sebagai panduan bagi kita untuk menjadi hambaNYA yang beriman.Wahai diri,ALLAH sangat sayangkan mu,tapi adakah dirimu sedar???BAcalah AL-quran dan fahami isinya dan beramal dengan ilmu yang diperoleh.Jangan biar jiwa ini gersang dengan AL-Quran.

ni adalah sebahagian yang saya dapat kongsikan,jika ada nak tambah dpersilakan=)

*yang mulia disisi ALLAH,adalah yang Bertaqwa*

-jika salah minta tegur-